selamat datang bintang jatuh

selamat datang bintang jatuh

Monday 30 April 2012

TAHUKAH ANDA!!


Khasiat Minum Air Suam
Kekurangan air boleh menyebabkan toksik atau bahan buangan di dalam tubuh badan akan terkumpul. Jika hal ini berterusan akan menyebabkan penyakit batu karang.

Kekurangan air juga boleh membantutkan kecerdasan otak dan menjejaskan tumpuan anda. Perbanyakkanlah minum air kosong kerana air kosong dapat membantu mencantikkan kulit, rambut dan kuku dengan memberikan kelembapan yang secukupnya serta mengelakkan dari kekeringan.
Seelok-eloknya minum air suam kerana air suam sangat baik untuk kesihatan. Air suam dapat melancarkan darah di dalam tubuh anda.

Elakkan dari meminum air berais selepas makan kerana ais akan membekukan makanan berminyak yang dimakan oleh anda.

Minumlah banyak air kosong sekurang-kurangkan 8 gelas sehari. Jika anda fikir ia menyusahkan kerana anda akan kerap ke tandas, tetapi fikirkanlah ianya sebenarnya membuang segala toksik yang terkumpul dalam badan yang akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit.

PPSMI Diteruskan Sehingga 2021


Kebimbangan ibu bapa mengenai peralihan bahasa pengantar dalam pendidikan sains dan matematik berjaya dirungkaikan apabila Jemaah Menteri sebulat suara telah bersetuju dengan "soft landing" yang dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mesyuarat mingguannya pada 4 Novembr 2011. Ketika mengumumkan keputusan tersebut, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan bahawa sesuatu perubahan dasar yang hendak dilaksanakan turut mengambil kira kepentingan rakyat dan dengan itu ia bukanlah satu perubahan yang tergesa-gesa sebagaimana dilihat oleh sesetengah pihak yang menilai perubahan dasar pendidikan sebagai percubaan tikus makmal.



Semasa menjawab soalan pihak media, Tan Sri Muhyidin Yassin setiap pelajar yang berada dalam kohort PPSMI, yang kini berada di Tahun Dua sekolah rendah hingga ke Tingkatan  Lima sekolah menengah dibenarkan untuk meneruskan pembelajaran mereka sebagaimana telah ditentukan oleh pihak sekolah. Keputusan tersebut dengan sendirinya boleh menjawab polemik yang berlaku dalam masyarakat yang bimbang bahawa anak-anak mereka yang akan memasuki Tingkatan Satu pada tahun 2012 diwajibkan mengikuti pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Malaysia sebagaimana dikehendaki oleh surat pekeliling yang dikeluarkan sebelumnya. Bagi menentukan pelaksanaannya tidak menimbulkan sebarang masalah, menurut Timbalan Pedana Menteri satu pekeliling baru akan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran dalam tempoh terdekat.



Berikut ialah kenyataan akhbar yang telah diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Putrajaya dan dihadiri oleh lebih 50 pertubuhan media dan sebelum itu seramai 400 orang warga Kementerian Pelajaran seluruh negara hadir dalam pertemuan khas untuk menjelaskan pelaksanaan "soft landing" itu. Kerajaan pada tahun 2009 telah mengambil keputusan untuk memansuhkan Dasar Pengajaran dan Pembelajabaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan menggantikannya dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).



Dengan pemansuhan PPSMI, murid di sekolah rendah akan mengikuti pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT. Manakala di sekolah menengah, Bahasa Malaysia akan digunakan sepenuhnya dalam pengajaran Matemartik dan Sains. Untuk membolehkan murid menyesuaikan diri dengan perubahan bahasa dalam tempoh peralihan dasar, Mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan Julai 2009 juga telah membenarkan Kementerian Pelajaran melaksanakan pendekatan "soft landing".



Berdasarkan keputusan tersebut, Kementerian Pelajaran pada tahun 2010 telah menetapkan dasar MBMMBI dimulakan pada tahun 2011 di mana murid Tahun Satu pada tahun ini mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya. Sebagai langkah intervensi untuk mempercepatkan proses peralihan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia di semua peringkat persekolahan, Kementerian juga memutuskan bermula tahun 2012, murid Tingkatan Satu akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.Walau bagaimanapun, peralihan kepada bahasa Malaysia pada Tingkatan Satu bermula tahun hadapan telah menimbulkan kerisauan ibu bapa kerana dibimbangi anak-anak mereka yang telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selama enam tahun di sekolah rendah tidak dapat menyesuaikan diri dengan bahasa secara mendadak.



Setelah mengambil kira pandangan ibu bapa, Kabinet pada hari ini memutuskan untuk membenarkan murid sekolah rendah kohort PPSMI untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, bahasa Malaysia sepenuhnya atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun hadapan. Ini bermakna semua murid kohort PPSMI yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dibenar untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris ssehingga tamat Tingkatan 5.



Perlu diperjelaskan di sini, murid Tahun 3 hingga Tahun 6 pada tahun 2012 dibenarkan untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Matermatik dan Sains dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau kedua-dua bahasa di sekolah kebangsaan; bahasa Inggeris, bahasa Cina atau kedua-dua bahasa di SJKC; dan bahasa  Inggeris, bahasa Tamil atau kedua-dua bahasa di SJKT seperti yang diputuskan oleh Jemaah Menteri pada bulan Julai 2009. Bagi murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa, mereka dibenar mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.



Bagaimanapun, kerajaan berharap keputusan yang membenarkan murid kohort PPSMI iaitu murid Tahun 2 hingga Tingkatan 5 tahun ini untuk meneruskan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan 5 dapat melegakan hati ibu bapa. Kerajaan yakin dengan keputusan ini, pencapaian murid kohort PPSMI dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tidak akan terjejas. Dengan pendekatan "soft landing" ini, pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021.


Bahasa Malaysia Sekolah Rendah




MATLAMAT

Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri , memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

Pada akhir pembelajaran murid dapat:
i. mendengar dengan teliti serta memahami pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;
ii. bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila;
iii. berbincang dan berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara;
iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berunsur ilmu;
v. menulis teks dengan menggunakan tulisan berangkai dengan kemas dan cantik;
vi. menghasilkan karangan dengan menggunakan tidak kurang daripada 60 perkataan;
vii. menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan, dan sebutan yang betul;
viii. mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan seharian

ORGANISASI KURIKULUM - Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ini meliputi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. Semua perkara ini dinyatakan di bawah:

a. Kemahiran Bahasa - merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku meliputi:
  • Kemahiran Mendengar - merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. 
  • Kemahiran Bertutur - merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif, dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul. 
  • Kemahiran Membaca - merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca. 
  • Kemahiran Menulis - merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif.
b. Hasil Pembelajaran - pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang set kemahiran yang perlu dicapai oleh murid. Hasil pembelajaran dibina dengan menyepadukan penggunaan bahasa, kemahiran bahasa, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Pendekatan yang berfokus pada gaya pembelajaran yang pelbagai dapat membantu murid mencapai hasil pembelajaran. Selain itu, hasil pembelajaran juga membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.

c. Sistem Bahasa - merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, kosa kata, sebutan dan intonasi, dan peribahasa. Pelaksanaan sistem bahasa dalam pendidikan Bahasa Melayu membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku.

d. Pengisian Kurikulum - Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang mencantumkan teras utama dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan perkembangan terkini dalam pendidikan, iaitu ilmu, nilai murni, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran
kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai murni, serta patriotisme dan kew arganegaraan diberikan penekanan selaras dengan matlamat negara membangunkan masyarakat madani.

Saturday 28 April 2012

PAKAIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

BAJU TRADISIONAL DI MALAYSIA


BAJU TRADISIONAL MELAYU
                                            
                      

BAJU TRADISIONAL KAUM CINA

BAJU SARI UNTUK PEREMPUAN INDIA
BAJU TRADISIONAL KAUM INDIA

BAJU TRADISIONAL KAUM BIDAYUH

BAJU TRADISIONAL KAUM LUNDAYEH


BAJU TRADISIONAL KAUM KADAZAN

BAJU TRADISIONAL SUKU KAUM LUNDAYEH

BAJU TRADISIONAL SUKU KAUM KENYA

BAJU TRADISIONAL KAUM MURUT LELAKI
 BAJU TADISIONAL KAUM MURUT
BAJU TRADISIONAL KAUM ULU SARAWAK

BAJU TRADISIONAL KAUM SULUK

BAJU TRADISIONAL KAUM MURUT PEREMPUAN

BAJU TRADISIONAL KAUM IBAN

BAJU TRADISIONAL KAUM LUNDAYEH


BAJU TRADISIONAL SUKU KAUM IBAN






BAJU TARDISIONAL KAUM BAJAU

BAJU TRADISIONAL KAUM BISAYA

Sunday 22 April 2012

RPH BAHASA MELAYU TAHUN 3



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 3





Mata pelajaran :          Bahasa Melayu


Tahun               :          3


Bilangan Murid:           41 orang


Tema               :           Seni dan Budaya


Tajuk               :           Kebudayaan di Malaysia


Tarikh              :           28 Mac 2012


Masa               :           60 minit





Hasil Pembelajaran:


Fokus Sampingan :


1.2  Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.


Aras 1 (ii) Menyoal dengan menggunakan kata tanya.


           (iii) Menjawab dengan menggunakan ungkapan yang sesuai.





Fokus Utama:


5.2  Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar, 


       serta memahami perkara yang dibaca,


      Aras 2 (i) Membaca lancar bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian  


                     yang betul.





Fokus Sampingan:


9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.


      Aras 1 (i) Merekod maklumat tentang sesuatu perkara.





Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid  dapat:-





i.              Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ungkapan yang sesuai.


ii.             Membaca pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul.


iii.            Merekod maklumat tentang pakaian tradisional kaum-kaum di Malaysia.








Kemahiran Bahasa : Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.





Sistem Bahasa : Sebutan, Intonasi, Kosa kata, Tatabahasa.





Ilmu : Bahasa Melayu, Sastera.





Nilai :  Berusaha, bekerjasama, Menghargai, rajin.





Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)


Kemahiran Berfikir : Menjana idea, menerangkan sebab, membuat kaitan dan perhubungan.                                


Kemahiran Belajar Cara Belajar : Memerhati, komunikasi, memproses dan melaporkan maklumat.


Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Paparan LCD.


Kecerdasan Pelbagai : Intrapersonal, interpersonal, verbal-linguistik, naturalis, dan visual ruang.


Kajian Masa Depan : Meramal, menjangka akibat.


Pembelajaran : Kontekstual dan konstruktivisme.





Pengetahuan Sedia Ada :


Murid tahu membaca pantun.





BBB : Power point, LCD, lembaran kerja, teks pantun, buku teks, buku latihan dan alat tulis.





Strategi: Berpusatkan murid dan bahan.





Kaedah/Teknik: Number Head Together (NHT), kolaboratif, koperatif

















Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Murid menonton
Video pakaian-pakaian tradisional kaum-kaum di Malaysia

Soalan Guru:
1.    Apakah yang anda lihat dalam paparan tayangan slaid tadi?
2.    Sebutkan contoh-contoh pakaian tradisional.
3.    Adakah anda mempunyai pakaian tradisional?
4.    Apakah pakaian tradisional anda?
Set Induksi (5 minit)

-       Guru bertanyakan khabar murid-murid.
-       Selepas itu, murid diminta melihat paparan power point dan menghayatinya.
-       Guru bersoal jawab kepada murid mengenai tayangan slaid tersebut.
-       Guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajar pada hari ini iaitu Kebudayaan di Malaysia.

BCB: Menonton dengan            aktif

BBB : Video pakaian-pakaian tradisional kaum-kaum di Malaysia
1.2 Aras 1
 (ii) Menyoal dengan menggunakan kata tanya.
(iii) Menjawab dengan menggunakan ungkapan yang sesuai.



Langkah 1 (15 minit)
- Murid berada di dalam kumpulan           masing-masing.
-       Guru mengedarkan sampul tugasan yang mengandungi set dialog yang perlu dilengkapkan.
-       Murid diminta melengkapkan dialog yang dirasakan sesuai mengikut pendapat kumpulan masing-masing.
-       Selepas itu, setiap kumpulan diminta untuk membacakan dialog di hadapan kelas.
-       Kumpulan lain mendengar dengan teliti.

KB :
Menghubung kait,
Menjana idea

BCB : Memproses
dan melaporkan
maklumat.

KP :
Verbal linguistik, visual,
intrapersonal, interpersonal

Nilai : Bekerjasama, berusaha

BBB : Set dialog
5.2 Aras 2
(i) Membaca lancar bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul.

Lampiran teks pantun

Soalan guru:
1.    Pantun ini mengenai apa?
2.    Apakah contoh-contoh pakaian yang terdapat di dalam pantun?
3.    Sebutkan pakaian tradisional lain yang anda tahu.
4.    Senaraikan kata adjektif yang anda tahu?
Langkah 2  (20 minit)

-       Murid-murid masih duduk di dalam kumpulan masing-masing.
-       Guru membahagikan teks pantun kepada setiap kumpulan.
-       Murid diminta membaca pantun secara senyap.
-       Kemudian setiap kumpulan diminta membaca pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul.
-       Kumpulan lain diminta memberikan markah bacaan kepada kumpulan yang telah membaca pantun.
-       Guru berbincang mengenai pantun.
-       Guru meminta murid menyenaraikan kata adjektif.
              i.        Malu
             ii.        Tinggi
            iii.        Indah
           iv.        Pandai







BCB :

 i) membaca dengan
intonasi yang betul.

ii) mendengar dengan aktif.

KP:
Verbal linguistik.
Naturalis.

BBB : teks petikan, Kad Markah


9.2 Aras 1
(i) Merekod maklumat tentang sesuatu perkara.

Lampiran 3
Langkah 3 (15 minit)
-       Guru meminta dua orang murid untuk mengedarkan lembaran kerja.
-       Murid-murid diminta untuk melengkapkan peta minda yang diberi.



Nilai : berusaha

BBB : Lembaran kerja

Lampiran 3.
Aktiviti Pengayaan:
-       Murid bijak menjawab latihan pengukuhan.

Lampiran 4:
Susun perkataan menjadi ayat yang lengkap
Aktiviti Pemulihan:
-       Murid lemah menyusun perkataan menjadi ayat tunggal yang lengkap.


Penutup
( 5 minit )
-       Guru bersoal jawab dengan murid  tentang apa yang mereka pelajari hari ini.
-       Guru merumuskan isi pelajaran.
Nilai-nilai murni :

-Menghargai



Anda juga mungkin meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...