TAHUKAH ANDA?
KHASIAT SAYUR-SAYURAN
2.1 Cili Merah Hindar Darah Beku
Cili merah atau nama saintifiknya Capsicum
annuum yang berasal dari keluarga Solanaceae ini merupakan sejenis
cili berisi tebal berwarna merah atau hijau dan mengeluarkan hasil sepanjang
tahun. Ia mengeluarkan buaga kecil yang bertukar menjadi buah pada setiap
ranting daun. Cili merah kaya dengan vitamin C, vitamin A dan zat-zat galian
seperti besi, kalsium, fosforus, sodium dan potasium. Sayuran ini dikatakan
bernilai dari segi kesihatan untuk meredakan kesakitan yang ada kaitan dengan
kegemukkan. Ia juga baik untuk pengedaran darah dan boleh mengatasi masalah
sakit kerongkong. Cili merah mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel
darah daripada bergumpal dan sekaligus menghalang sejenis penyakit darah beku
yang dikenali sebagai trombosis (Rajah 1).
2.2 Brokoli Hindar Osteoporosis
Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang kerap
menyerang kaum wanita pada usia 35 hingga 50 tahun. Tanda paling ketara
wujudnya penyakit itu ialah sakit kaki dan belakang kerana kekuatan tulang di
bahagian berkenaan merosot di bawah tahap yang sewajarnya. Amalan
mempertingkatkan kalsium dan mengurangkan protein dan fosforus adalah di antara
petua-petua untuk menghindar, mengawal atau mengubati osteoporosis. Pengambilan
makanan yang kaya dengan protein boleh menyebabkan tubuh kehilangan zat-zat
galian, terutamanya kalsium yang penting untuk pembinaan tulang. Lantaran itu
brokoli sejenis sayuran berdaun amat sesuai untuk menghindari penyakit ini
kerana kandungan vitamin Knya yang dapat mengurangkan kehilangan kalsium, di
samping membantu tubuh badan menyerapnya dengan lebih berkesan (Rajah 2).
2.3 Tomato Cegah Barah Prostat
Tomato, yang dikenali dengan nama sainsnya
Lycopersicon esculentum, juga merupakan sejenis sayuran yang digemari
ramai. Ia lazat dimakan mentah atau dimasak dalam pelbagai jenis hidangan.
Tomato yang juga berasal dari keluarga Solanaceae, kaya dengan zat
galian, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan
kecergasan. Ia juga baik untuk melicinkan kulit dan merupakan salah satu bahan
awet muda yang penting. Satu kajian terbaru di Amerika Syarikat menunjukkan
bahawa pigmen merah yang terdapat pada kulit tomato mengandungi sejenis bahan
yang dikenali sebagai lycopene yang boleh mengurangkan risiko dikalangan
kaum lelaki daripada mendapat penyakit barah prostat. Kajian itu juga
menyatakan bahawa dengan memakan 10 biji seminggu dapat mengurangkan risiko
penyakit itu sehingga 45 peratus (Rajah 3).
2.4 Bendi
untuk Kecergasan Otak
Bendi juga merupakan sayur tempatan yang banyak
ditanam di negara-negara yang beriklim panas dan lembab. Berdasarkan kajian
tempatan yang dilakukan, bendi mengandungi sebanyak dua peratus protein, tujuh
peratus karbohidrat dan satu peratus serat. Selain itu bendi juga kaya dengan
zat galian dan vitamin terutamanya kalsium. Lantaran itu ia merupakan sayur
yang elok untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan, bendi digunakan
sebagai perangsang buangan air kecil, berkesan untuk merawat gonorea, sifilis
serta bengkak saluran kerongkong dan hidung (Rajah 4).
2.5 Bawang Putih halang Darah Tinggi dan Kanser
Bawang putih telah dikenal pasti dapat memecahkan
kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah. Kolesterol inilah
yang menjadi punca penyakit darah tinggi. Bawang putih atau Allium sativum
nama sainsnya juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun di tempat yang
banyak karbon monoksida (asap kenderaan). Sayuran ini juga dapat menghindarkan
seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan
ketumbuhan tumor dalam tubuh manusia. Di Korea contohnya, peratus pengidap
darah tinggi begitu rendah sekali dan ini dikaitkan dengan amalan menjadikan
bawang putih sebagai ulam setiap kali mereka makan (Rajah 5).
- Bayam dan Nilai Perubatannya
Bayam sejenis sayuran yang kaya dengan vitamin A, C
dan E serta zat besi seperti kalsium, potasium, magnesium, mangan dan zink.
Tumbuhan ini yang dikenali sebagai Spinacia oleracea dari segi
saintifiknya, berdaun hijau yang lembut dan berbentuk bulat atau bujur. Seperti
sayuran lain, bayam bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Jus bayam
mengandungi zat besi secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah yang ada kaitan
dengan anemia. Kaedahnya adalah dengan mengisar daun bayam dengan segelas air
kemudian diminum dua kali sehari (Rajah 6).
2.7 Kucai Redakan Masalah Senggugut
Kucai sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang
berasal dari keluarga lili. Tumbuhan ini tengik baunyan tetapi enak dimakan
sama ada sebagai sayur atau ulam. Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin
dan komponen belerang. Ia bernilai tinggi dalam dunia perubatan tradisional,
khususnya untuk mengubati senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan
sembelit. Kucai juga bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria
dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan dan pengembangan
usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan
darah. Caranya sama ada dimakan sebagai sayur atau daunnya ditumbuk hingga
lumat dan dikacau dengan air panas lalu diminum. Cara ini amat berkesan untuk
menurunkan tekanan darah tinggi, penyakit keputihan serta senggugut (Rajah 7).
Terong Pipit Untuk Hasilkan Pil Perancang
Terong pipit merupakan tumbuhan liar di Malaysia
dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya adalah Antilles.
Biasanya dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Daripada kajian,
terong pipit mengandungi dua peratus protein, 0.1 peratus lemak, 7.9 peratus
karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin
A dan C serta sedikit vitamin B1. Menariknya, terong pipit juga mengandungi
alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan
sebanyak 0.84 peratus. Steroid amat penting dalam perubatan, terutamanya untuk
menghasilkan pil perancang keluarga. Selain buahnya yang mengandungi banyak
khasiat, akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak pada
kulit kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, penawar racun ular dan
serangga serta menjadi ubat berkesan untuk meredakan sakit perut (Rajah 8).
2.9 Cekur Penawar Keracunan Makanan
Cekur adalah daripada keluarga herba yang berasal
daripada spesies Kaemferia galanga. Ia mengeluarkan enam hingga 12 helai daun
yang tumbuh secara berkelompok dan berbau harum. Tumbuhan ini juga berbunga
putih dan ungu muda. Daunnya enak dimakan sebagai ulam yang menyegarkan. Ia
juga kerap digunakan sebagai sayur atau sebagai ramuan dalam masakan kari di
rantau Asia Tenggara. Di Thailand, akar cekur dicampur dengan wiski untuk
mengubat sakit kepala. Di Indonesia, cekur digunakan sebagai penawar untuk kes
keracunan makanan, tetanus atau terkancing gigi, ulser mulut, barah, batuk dan
selesema (Rajah 9).
2.10 Daun Pasli Pulihkan Hipotensi
Pasli, tumbuhan keluarga Umbelliferae lebih
dikenali sebagai sayuran. Batangnya lembut serta memiliki daun yang kerinting,
kaya dengan vitamin B, C dan E serta zat galian seperti kalsium, magnesium dan
klorofil. Air rebusan daripada sayuran yang mengandungi pelbagai zat ini
merupakan minuman terbaik untuk pesakit hipotensi iaitu penyakit tekanan darah
rendah yang berpunca daripada anemia, kekurangan saraf akibat diabetes, paras
gula rendah dalam darah, tiriod yang tidak aktif atau kekurangan zat makanan.
Selain itu, pasli juga dikenal pasti dapat meredakan penyakit sengal-sengal
tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim
selepas melahirkan anak (Rajah 10).
2.11 Pudina bantu Penghadaman
Pudina merupakan sejenis herba yang berasal dari
keluarga Labiatae. Ia tergolong dalam spesies mentha. Tumbuhan ini
mempunyai batang yang bersegi dan dedaun yang harum baunya manakala
sesetengahnya mengeluarkan bunga-bunga kecil berwarna ungu muda atau merah
jambu. Terdapat berbagai-bagai jenis pudina di seluruh dunia, antaranya Mentha
spicata " moroc-can" yang berkesan dalam meredakan kekejangan
otot, Mentha xsmithiana "rubra" yang digunakan dalam manisan
dan minuman, Mentha aquatica untuk merawat cirit birit, Mentha
arvensis, sejenis pudina Jepun yang boleh melegakan selesema dan
menghilangkan rasa loya dan Mentha x piperita "crispa" yang
boleh menjauhkan tikus.
Kesemua jenis pudina ini juga boleh bertindak sebagai
perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga
bersifat sebagai antiseptik, antiparasit dan anti virus. Pemakanannya boleh
meransangkan tubuh badan mengeluarkan peluh. Daun pudina juga digunakan untuk
membuat ubat sapu untuk merawat selesema, sakit kepala, kekejangan otot dan
sakit-sakit badan manakala minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh
menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsentrasi (Rajah
11).
2.12 Peria Penawar HIV
Peria atau nama saintifiknya Momordica churantia,
sayur hijau seakan timun, merupakan sayur yang paling mendapat perhatian pakar
perubatan moden dewasa ini. Berasal dari Selatan China, peria digunakan sebagai
salah satu herba dalam perubatan tradisional China. Air rebusan peria digunakan
oleh pakar perubatan China untuk merawat penyakit asma dan haid yang terlewat
selain untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh, misalnya rasa panas radang.
Kini penggunaan peria semakin meluas. Di Asia tenggara, Australia dan Amerika
Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukaemia, HIV
dan AIDS.
Biarpun setakat ini belum ada kajian saintifik
sepenuhnya dijalankan bagi menguji keberkesanan peria dalam menangani
penyakit-penyakit tersebut, terdapat beberapa kes yang menunjukkan bahawa
tumbuhan menjalar yang agak pahit rasanya itu boleh membantu menghentikan, dan
ada kalanya membalikkan penyakit tersebut daripada merebak. Peria didapati
boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia. Ujian
darah untuk menguji jumlah kiraan sel imun adalah perkara paling asas untuk
mengetahui perkembangan dan betapa seriusnya tahap HIV dan AIDS. Dalam beberapa
kajian yang dijalankan terhadap individu yang mana kiraan CD4 telah menurun ke
paras yang berbahaya dan kritikal, didapati kiraan sel CD4 mereka meningkat
semula setelah mengamalkan pengambilan peria dalam diet harian mereka untuk
jangka masa tertentu. Menurut kajian tersebut, jika jumlah kiraan sel CD4 ini
agak pada peringkat awal pengubatan (mengamalkan memekan peria), tahap
peningkatan sel imun yang baru adalah lebih memberangsangkan.
Bagaimanapun terdapat juga laporan mengatakan
bahawa dalam beberapa kes tertentu, pengubatan cara baru ini juga telah berjaya
meningkatkan tahap CD4 terhadap individu yang mana kiraan sel tersebut telah
menurun hingga ke paras sifar. Selain dapat meningkatkan sel imun tubuh, peria
juga didapati berguna untuk merawat, ataupun mampu mengurangkan,
penyakit-penyakit sampingan yang mempunyai kaitan dengan jangkitan HIV seperti
arthritis dan "opportunistic infections", misalnya herpes kemaluan,
tuberkolisis dan beberapa jenis penyakit kulit, yang menyerang lantaran
lemahnya sistem imunisasi tubuh.
Sehingga kini kajian saintifik sepenuhnya atas
keberkesanan peria belum dapat dilakukan, kerana faktor kos uji kaji yang
terlalu tinggi. Namun ujian secara kecil-kecilan di makmal amat
memberangsangkan. Sekumpulan pakar penyeledik di Amerika Syarikat telah berjaya
mengasingkan sejenis protein yang terdapat didalam peria iaitu MAP-30. Ia dikatakan
mengandungi sifat-sifat anti-kanser sepertimana yang terdapat pada tikus.
Selain daripada itu MAP-30 juga mengawal merebaknya penyakit-penyakit virus
seperti herpes dan poliomaelitis, dan menghalang penyakit tersebut daripada
membiak dan merebak dari satu sel ke satu sel yang lain. Protein-protein lain
yang diasingkan daripada tumbuhan jenis memanjat ini juga didapati boleh
membantu mengurangkan keguguran dan menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Para
saintis dari Itali pula telah mengesahkan bahawa protein daripada peria ini
mempunyai sifat-sifat anti-virus (Rajah 12).