Wednesday, 5 December 2012
Tuesday, 4 December 2012
Monday, 25 June 2012
Thursday, 7 June 2012
Tuesday, 29 May 2012
MARI BUAT ARCA...
- bentuk
dalam susunan tiga dimensi (3D) utk dikaji dan dinikmati nilai estetiknya...
-
sealiran dgn seni bina, hiasan dalaman dan reka bentuk pentas....tetapi ada
keistimewaannya yg tersendiri
Apa pulak
paper mache atau papier mache?
- Paper
mache berasal dari bahasa Perancis lama yang bermaksud kertas yang dikunyah
atau dihancurkan sehingga lumat. Biasanya surat khabar laaaaa.
Ok jom
kita hasilkan arca menggunakan paper mache....
Apakah
bahan-bahan yang perlu disediakan.
1. Kertas
- contohnya surat khabar yang dikoyak atau dicarik-carik. pastu rendam dan
blend.
2. Gam
kertas.
3. Warna
- water colour, akrilik atau cat pun boleh
4. berus
warna
5.
blender
6.
mangkuk
7.
plastik pelapik
Awas!!!
jgn gunakan mangkuk plastik n blender utk sediakan makanan...nanti keracunan
makanan...
boleh buat pelbagai jenis bentuk dan benda dengan papier mache nie.CUBALAH...
boleh buat pelbagai jenis bentuk dan benda dengan papier mache nie.CUBALAH...
Monday, 28 May 2012
Laman Informasi Prasekolah: PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN PEMBELAJARAN KANAK-KAN...
Laman Informasi Prasekolah: PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN PEMBELAJARAN KANAK-KAN...: Dari Perspektif Teori PENGENALAN Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang kreatif dalam kalangan ...
Laman Informasi Prasekolah: KANAK-KANAK DAN SENI TIGA DIMENSI ( 3-D)
Laman Informasi Prasekolah: KANAK-KANAK DAN SENI TIGA DIMENSI ( 3-D): PENGENALAN Apabila kanak-kanak menggunakan media tiga dimensi, mereka membentuk kerja seni yang mempunyai kedalaman, ketinggian dan kepejala...
Sunday, 27 May 2012
Friday, 25 May 2012
Saturday, 19 May 2012
Sunday, 13 May 2012
Saturday, 12 May 2012
MaRi BuAt OrIgAmI
Fold both opposite end as shown.
Lipat kedua-dua penjuru bertentangan seperti dalam gambar.
Fold into half.
Lipat dua.
Open and fold quarter way down.
Buka dan lipat ke bahagian suku ke bawah.
Buka dan lipat ke bahagian suku ke bawah.
It will look loke this.
Menjadikannya begini.
Press
the folding line you've made.
Tekan semula garisan yang telah terhasil.
Tekan semula garisan yang telah terhasil.
Turn backward and fold like shown
base on the line on the other side.
Pusing ke belakang dan lipat sebagaimana
yang ditunjukkan dalam gambar berpandukan garisan yang ada di sebelah belakang
kertas.
Turn back and fold into two.
Pusing kembali dan lipat dua.
Open fold to create the side of the box.
Buka kembali untuk membentuk sisi kotak.
Make another seven pieces just like this and assemble them together.
Lipat tujuh helai kertas lagi serupa seperti di atas dan cantumkannya.
If you find it is hard
to assemble it together, use paper clip make it stay together. Once its
joined together, it won't come off.
Jika anda mendapati ianya sukar untuk
menyambungnya, gunakan klip kertas agar ianya tidak bergerak dan tercabut.
Apabila selesai mencantum keseluruhannya, cantuman akan menjadi kuat dan tidak
akan tercabut.
The flower on top of the box, function as the lock of the assembly. Try different kind of flower folding and you'll see the outcome. I'm sure you'll be surprise.
Bunga di atas kotak berfungsi sebagai kunci kepada catuman tadi, di mana cara lipatannya memainkan peranan sebagai pengunci. Cuba pelbagai teknik lipatan bunga tersebut dan anda tentu akan terperanjat melihat hasilnya.
HAVE FUN?........GEMBIRA
TAK?........
Thursday, 10 May 2012
Friday, 4 May 2012
KSSR MUZIK: Rancangan Pengajaran Harian Muzik
KSSR MUZIK: Rancangan Pengajaran Harian Muzik: Contoh Rancangan Pengajaran Harian Muzik Mata Pelajaran dan Kelas Dunia Muzik 1 Bunga Raya Tajuk/Tema Tempo Masa 30 minit Standard ...
Tuesday, 1 May 2012
TAHUKAH ANDA?
KHASIAT SAYUR-SAYURAN
2.1 Cili Merah Hindar Darah Beku
Cili merah atau nama saintifiknya Capsicum
annuum yang berasal dari keluarga Solanaceae ini merupakan sejenis
cili berisi tebal berwarna merah atau hijau dan mengeluarkan hasil sepanjang
tahun. Ia mengeluarkan buaga kecil yang bertukar menjadi buah pada setiap
ranting daun. Cili merah kaya dengan vitamin C, vitamin A dan zat-zat galian
seperti besi, kalsium, fosforus, sodium dan potasium. Sayuran ini dikatakan
bernilai dari segi kesihatan untuk meredakan kesakitan yang ada kaitan dengan
kegemukkan. Ia juga baik untuk pengedaran darah dan boleh mengatasi masalah
sakit kerongkong. Cili merah mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel
darah daripada bergumpal dan sekaligus menghalang sejenis penyakit darah beku
yang dikenali sebagai trombosis (Rajah 1).
2.2 Brokoli Hindar Osteoporosis
Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang kerap
menyerang kaum wanita pada usia 35 hingga 50 tahun. Tanda paling ketara
wujudnya penyakit itu ialah sakit kaki dan belakang kerana kekuatan tulang di
bahagian berkenaan merosot di bawah tahap yang sewajarnya. Amalan
mempertingkatkan kalsium dan mengurangkan protein dan fosforus adalah di antara
petua-petua untuk menghindar, mengawal atau mengubati osteoporosis. Pengambilan
makanan yang kaya dengan protein boleh menyebabkan tubuh kehilangan zat-zat
galian, terutamanya kalsium yang penting untuk pembinaan tulang. Lantaran itu
brokoli sejenis sayuran berdaun amat sesuai untuk menghindari penyakit ini
kerana kandungan vitamin Knya yang dapat mengurangkan kehilangan kalsium, di
samping membantu tubuh badan menyerapnya dengan lebih berkesan (Rajah 2).
2.3 Tomato Cegah Barah Prostat
Tomato, yang dikenali dengan nama sainsnya
Lycopersicon esculentum, juga merupakan sejenis sayuran yang digemari
ramai. Ia lazat dimakan mentah atau dimasak dalam pelbagai jenis hidangan.
Tomato yang juga berasal dari keluarga Solanaceae, kaya dengan zat
galian, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan
kecergasan. Ia juga baik untuk melicinkan kulit dan merupakan salah satu bahan
awet muda yang penting. Satu kajian terbaru di Amerika Syarikat menunjukkan
bahawa pigmen merah yang terdapat pada kulit tomato mengandungi sejenis bahan
yang dikenali sebagai lycopene yang boleh mengurangkan risiko dikalangan
kaum lelaki daripada mendapat penyakit barah prostat. Kajian itu juga
menyatakan bahawa dengan memakan 10 biji seminggu dapat mengurangkan risiko
penyakit itu sehingga 45 peratus (Rajah 3).
2.4 Bendi
untuk Kecergasan Otak
Bendi juga merupakan sayur tempatan yang banyak
ditanam di negara-negara yang beriklim panas dan lembab. Berdasarkan kajian
tempatan yang dilakukan, bendi mengandungi sebanyak dua peratus protein, tujuh
peratus karbohidrat dan satu peratus serat. Selain itu bendi juga kaya dengan
zat galian dan vitamin terutamanya kalsium. Lantaran itu ia merupakan sayur
yang elok untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan, bendi digunakan
sebagai perangsang buangan air kecil, berkesan untuk merawat gonorea, sifilis
serta bengkak saluran kerongkong dan hidung (Rajah 4).
2.5 Bawang Putih halang Darah Tinggi dan Kanser
Bawang putih telah dikenal pasti dapat memecahkan
kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah. Kolesterol inilah
yang menjadi punca penyakit darah tinggi. Bawang putih atau Allium sativum
nama sainsnya juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun di tempat yang
banyak karbon monoksida (asap kenderaan). Sayuran ini juga dapat menghindarkan
seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan
ketumbuhan tumor dalam tubuh manusia. Di Korea contohnya, peratus pengidap
darah tinggi begitu rendah sekali dan ini dikaitkan dengan amalan menjadikan
bawang putih sebagai ulam setiap kali mereka makan (Rajah 5).
- Bayam dan Nilai Perubatannya
Bayam sejenis sayuran yang kaya dengan vitamin A, C
dan E serta zat besi seperti kalsium, potasium, magnesium, mangan dan zink.
Tumbuhan ini yang dikenali sebagai Spinacia oleracea dari segi
saintifiknya, berdaun hijau yang lembut dan berbentuk bulat atau bujur. Seperti
sayuran lain, bayam bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Jus bayam
mengandungi zat besi secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah yang ada kaitan
dengan anemia. Kaedahnya adalah dengan mengisar daun bayam dengan segelas air
kemudian diminum dua kali sehari (Rajah 6).
2.7 Kucai Redakan Masalah Senggugut
Kucai sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang
berasal dari keluarga lili. Tumbuhan ini tengik baunyan tetapi enak dimakan
sama ada sebagai sayur atau ulam. Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin
dan komponen belerang. Ia bernilai tinggi dalam dunia perubatan tradisional,
khususnya untuk mengubati senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan
sembelit. Kucai juga bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria
dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan dan pengembangan
usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan
darah. Caranya sama ada dimakan sebagai sayur atau daunnya ditumbuk hingga
lumat dan dikacau dengan air panas lalu diminum. Cara ini amat berkesan untuk
menurunkan tekanan darah tinggi, penyakit keputihan serta senggugut (Rajah 7).
Terong Pipit Untuk Hasilkan Pil Perancang
Terong pipit merupakan tumbuhan liar di Malaysia
dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya adalah Antilles.
Biasanya dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Daripada kajian,
terong pipit mengandungi dua peratus protein, 0.1 peratus lemak, 7.9 peratus
karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin
A dan C serta sedikit vitamin B1. Menariknya, terong pipit juga mengandungi
alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan
sebanyak 0.84 peratus. Steroid amat penting dalam perubatan, terutamanya untuk
menghasilkan pil perancang keluarga. Selain buahnya yang mengandungi banyak
khasiat, akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak pada
kulit kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, penawar racun ular dan
serangga serta menjadi ubat berkesan untuk meredakan sakit perut (Rajah 8).
2.9 Cekur Penawar Keracunan Makanan
Cekur adalah daripada keluarga herba yang berasal
daripada spesies Kaemferia galanga. Ia mengeluarkan enam hingga 12 helai daun
yang tumbuh secara berkelompok dan berbau harum. Tumbuhan ini juga berbunga
putih dan ungu muda. Daunnya enak dimakan sebagai ulam yang menyegarkan. Ia
juga kerap digunakan sebagai sayur atau sebagai ramuan dalam masakan kari di
rantau Asia Tenggara. Di Thailand, akar cekur dicampur dengan wiski untuk
mengubat sakit kepala. Di Indonesia, cekur digunakan sebagai penawar untuk kes
keracunan makanan, tetanus atau terkancing gigi, ulser mulut, barah, batuk dan
selesema (Rajah 9).
2.10 Daun Pasli Pulihkan Hipotensi
Pasli, tumbuhan keluarga Umbelliferae lebih
dikenali sebagai sayuran. Batangnya lembut serta memiliki daun yang kerinting,
kaya dengan vitamin B, C dan E serta zat galian seperti kalsium, magnesium dan
klorofil. Air rebusan daripada sayuran yang mengandungi pelbagai zat ini
merupakan minuman terbaik untuk pesakit hipotensi iaitu penyakit tekanan darah
rendah yang berpunca daripada anemia, kekurangan saraf akibat diabetes, paras
gula rendah dalam darah, tiriod yang tidak aktif atau kekurangan zat makanan.
Selain itu, pasli juga dikenal pasti dapat meredakan penyakit sengal-sengal
tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim
selepas melahirkan anak (Rajah 10).
2.11 Pudina bantu Penghadaman
Pudina merupakan sejenis herba yang berasal dari
keluarga Labiatae. Ia tergolong dalam spesies mentha. Tumbuhan ini
mempunyai batang yang bersegi dan dedaun yang harum baunya manakala
sesetengahnya mengeluarkan bunga-bunga kecil berwarna ungu muda atau merah
jambu. Terdapat berbagai-bagai jenis pudina di seluruh dunia, antaranya Mentha
spicata " moroc-can" yang berkesan dalam meredakan kekejangan
otot, Mentha xsmithiana "rubra" yang digunakan dalam manisan
dan minuman, Mentha aquatica untuk merawat cirit birit, Mentha
arvensis, sejenis pudina Jepun yang boleh melegakan selesema dan
menghilangkan rasa loya dan Mentha x piperita "crispa" yang
boleh menjauhkan tikus.
Kesemua jenis pudina ini juga boleh bertindak sebagai
perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga
bersifat sebagai antiseptik, antiparasit dan anti virus. Pemakanannya boleh
meransangkan tubuh badan mengeluarkan peluh. Daun pudina juga digunakan untuk
membuat ubat sapu untuk merawat selesema, sakit kepala, kekejangan otot dan
sakit-sakit badan manakala minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh
menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsentrasi (Rajah
11).
2.12 Peria Penawar HIV
Peria atau nama saintifiknya Momordica churantia,
sayur hijau seakan timun, merupakan sayur yang paling mendapat perhatian pakar
perubatan moden dewasa ini. Berasal dari Selatan China, peria digunakan sebagai
salah satu herba dalam perubatan tradisional China. Air rebusan peria digunakan
oleh pakar perubatan China untuk merawat penyakit asma dan haid yang terlewat
selain untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh, misalnya rasa panas radang.
Kini penggunaan peria semakin meluas. Di Asia tenggara, Australia dan Amerika
Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukaemia, HIV
dan AIDS.
Biarpun setakat ini belum ada kajian saintifik
sepenuhnya dijalankan bagi menguji keberkesanan peria dalam menangani
penyakit-penyakit tersebut, terdapat beberapa kes yang menunjukkan bahawa
tumbuhan menjalar yang agak pahit rasanya itu boleh membantu menghentikan, dan
ada kalanya membalikkan penyakit tersebut daripada merebak. Peria didapati
boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia. Ujian
darah untuk menguji jumlah kiraan sel imun adalah perkara paling asas untuk
mengetahui perkembangan dan betapa seriusnya tahap HIV dan AIDS. Dalam beberapa
kajian yang dijalankan terhadap individu yang mana kiraan CD4 telah menurun ke
paras yang berbahaya dan kritikal, didapati kiraan sel CD4 mereka meningkat
semula setelah mengamalkan pengambilan peria dalam diet harian mereka untuk
jangka masa tertentu. Menurut kajian tersebut, jika jumlah kiraan sel CD4 ini
agak pada peringkat awal pengubatan (mengamalkan memekan peria), tahap
peningkatan sel imun yang baru adalah lebih memberangsangkan.
Bagaimanapun terdapat juga laporan mengatakan
bahawa dalam beberapa kes tertentu, pengubatan cara baru ini juga telah berjaya
meningkatkan tahap CD4 terhadap individu yang mana kiraan sel tersebut telah
menurun hingga ke paras sifar. Selain dapat meningkatkan sel imun tubuh, peria
juga didapati berguna untuk merawat, ataupun mampu mengurangkan,
penyakit-penyakit sampingan yang mempunyai kaitan dengan jangkitan HIV seperti
arthritis dan "opportunistic infections", misalnya herpes kemaluan,
tuberkolisis dan beberapa jenis penyakit kulit, yang menyerang lantaran
lemahnya sistem imunisasi tubuh.
Sehingga kini kajian saintifik sepenuhnya atas
keberkesanan peria belum dapat dilakukan, kerana faktor kos uji kaji yang
terlalu tinggi. Namun ujian secara kecil-kecilan di makmal amat
memberangsangkan. Sekumpulan pakar penyeledik di Amerika Syarikat telah berjaya
mengasingkan sejenis protein yang terdapat didalam peria iaitu MAP-30. Ia dikatakan
mengandungi sifat-sifat anti-kanser sepertimana yang terdapat pada tikus.
Selain daripada itu MAP-30 juga mengawal merebaknya penyakit-penyakit virus
seperti herpes dan poliomaelitis, dan menghalang penyakit tersebut daripada
membiak dan merebak dari satu sel ke satu sel yang lain. Protein-protein lain
yang diasingkan daripada tumbuhan jenis memanjat ini juga didapati boleh
membantu mengurangkan keguguran dan menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Para
saintis dari Itali pula telah mengesahkan bahawa protein daripada peria ini
mempunyai sifat-sifat anti-virus (Rajah 12).
Monday, 30 April 2012
TAHUKAH ANDA!!
Khasiat
Minum Air Suam
Kekurangan
air boleh menyebabkan toksik atau bahan buangan di dalam tubuh badan akan
terkumpul. Jika hal ini berterusan akan menyebabkan penyakit batu karang.
Kekurangan air juga boleh membantutkan kecerdasan otak dan menjejaskan tumpuan anda. Perbanyakkanlah minum air kosong kerana air kosong dapat membantu mencantikkan kulit, rambut dan kuku dengan memberikan kelembapan yang secukupnya serta mengelakkan dari kekeringan.
Seelok-eloknya minum air suam kerana air suam sangat baik untuk kesihatan. Air suam dapat melancarkan darah di dalam tubuh anda.
Elakkan dari meminum air berais selepas makan kerana ais akan membekukan makanan berminyak yang dimakan oleh anda.
Minumlah banyak air kosong sekurang-kurangkan 8 gelas sehari. Jika anda fikir ia menyusahkan kerana anda akan kerap ke tandas, tetapi fikirkanlah ianya sebenarnya membuang segala toksik yang terkumpul dalam badan yang akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit.
Kekurangan air juga boleh membantutkan kecerdasan otak dan menjejaskan tumpuan anda. Perbanyakkanlah minum air kosong kerana air kosong dapat membantu mencantikkan kulit, rambut dan kuku dengan memberikan kelembapan yang secukupnya serta mengelakkan dari kekeringan.
Seelok-eloknya minum air suam kerana air suam sangat baik untuk kesihatan. Air suam dapat melancarkan darah di dalam tubuh anda.
Elakkan dari meminum air berais selepas makan kerana ais akan membekukan makanan berminyak yang dimakan oleh anda.
Minumlah banyak air kosong sekurang-kurangkan 8 gelas sehari. Jika anda fikir ia menyusahkan kerana anda akan kerap ke tandas, tetapi fikirkanlah ianya sebenarnya membuang segala toksik yang terkumpul dalam badan yang akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit.
PPSMI
Diteruskan Sehingga 2021
Kebimbangan ibu bapa mengenai peralihan bahasa pengantar
dalam pendidikan sains dan matematik berjaya dirungkaikan apabila Jemaah
Menteri sebulat suara telah bersetuju dengan "soft landing" yang
dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mesyuarat mingguannya pada 4
Novembr 2011. Ketika mengumumkan keputusan tersebut, Timbalan Perdana Menteri
yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan bahawa sesuatu perubahan dasar yang
hendak dilaksanakan turut mengambil kira kepentingan rakyat dan dengan itu ia
bukanlah satu perubahan yang tergesa-gesa sebagaimana dilihat oleh sesetengah
pihak yang menilai perubahan dasar pendidikan sebagai percubaan tikus makmal.
Semasa menjawab soalan pihak media, Tan Sri
Muhyidin Yassin setiap pelajar yang berada dalam kohort PPSMI, yang kini berada
di Tahun Dua sekolah rendah hingga ke Tingkatan Lima sekolah menengah
dibenarkan untuk meneruskan pembelajaran mereka sebagaimana telah ditentukan
oleh pihak sekolah. Keputusan tersebut dengan sendirinya boleh menjawab polemik
yang berlaku dalam masyarakat yang bimbang bahawa anak-anak mereka yang akan
memasuki Tingkatan Satu pada tahun 2012 diwajibkan mengikuti pengajaran dan
pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Malaysia sebagaimana dikehendaki
oleh surat pekeliling yang dikeluarkan sebelumnya. Bagi menentukan pelaksanaannya
tidak menimbulkan sebarang masalah, menurut Timbalan Pedana Menteri satu
pekeliling baru akan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran dalam tempoh
terdekat.
Berikut ialah kenyataan akhbar yang telah diadakan
di Pusat Dagangan Antarabangsa Putrajaya dan dihadiri oleh lebih 50 pertubuhan
media dan sebelum itu seramai 400 orang warga Kementerian Pelajaran seluruh
negara hadir dalam pertemuan khas untuk menjelaskan pelaksanaan "soft
landing" itu. Kerajaan pada tahun 2009 telah mengambil keputusan untuk memansuhkan
Dasar Pengajaran dan Pembelajabaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) dan menggantikannya dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Dengan pemansuhan PPSMI, murid di sekolah rendah akan
mengikuti pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia di Sekolah
Kebangsaan, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT. Manakala di sekolah
menengah, Bahasa Malaysia akan digunakan sepenuhnya dalam pengajaran Matemartik
dan Sains. Untuk membolehkan murid menyesuaikan diri dengan perubahan bahasa
dalam tempoh peralihan dasar, Mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan Julai 2009
juga telah membenarkan Kementerian Pelajaran melaksanakan pendekatan "soft
landing".
Berdasarkan keputusan tersebut, Kementerian
Pelajaran pada tahun 2010 telah menetapkan dasar MBMMBI dimulakan pada tahun
2011 di mana murid Tahun Satu pada tahun ini mengikuti pengajaran dan
pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya. Sebagai
langkah intervensi untuk mempercepatkan proses peralihan daripada bahasa
Inggeris ke bahasa Malaysia di semua peringkat persekolahan, Kementerian juga
memutuskan bermula tahun 2012, murid Tingkatan Satu akan mengikuti pengajaran
dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.Walau
bagaimanapun, peralihan kepada bahasa Malaysia pada Tingkatan Satu bermula
tahun hadapan telah menimbulkan kerisauan ibu bapa kerana dibimbangi anak-anak
mereka yang telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selama
enam tahun di sekolah rendah tidak dapat menyesuaikan diri dengan bahasa secara
mendadak.
Setelah mengambil kira pandangan ibu bapa, Kabinet
pada hari ini memutuskan untuk membenarkan murid sekolah rendah kohort PPSMI
untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa
Inggeris sepenuhnya, bahasa Malaysia sepenuhnya atau dalam kedua-dua bahasa
apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun hadapan. Ini bermakna semua
murid kohort PPSMI yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan
Sains dalam bahasa Inggeris dibenar untuk meneruskan pengajaran dan
pembelajaran dalam bahasa Inggeris ssehingga tamat Tingkatan 5.
Perlu diperjelaskan di sini, murid Tahun 3 hingga
Tahun 6 pada tahun 2012 dibenarkan untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran
Matermatik dan Sains dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau kedua-dua
bahasa di sekolah kebangsaan; bahasa Inggeris, bahasa Cina atau kedua-dua
bahasa di SJKC; dan bahasa Inggeris, bahasa Tamil atau kedua-dua bahasa
di SJKT seperti yang diputuskan oleh Jemaah Menteri pada bulan Julai 2009. Bagi
murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam
bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa, mereka dibenar mengikuti
pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.
Bagaimanapun, kerajaan berharap keputusan yang
membenarkan murid kohort PPSMI iaitu murid Tahun 2 hingga Tingkatan 5 tahun ini
untuk meneruskan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan 5
dapat melegakan hati ibu bapa. Kerajaan yakin dengan keputusan ini, pencapaian
murid kohort PPSMI dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tidak akan terjejas.
Dengan pendekatan "soft landing" ini, pengajaran dan pembelajaran
Matematik dan Sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia
sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa
Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021.
Bahasa Malaysia Sekolah Rendah
MATLAMAT
Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah
adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi
bagi memenuhi keperluan diri , memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan
harian.
OBJEKTIF MATA
PELAJARAN BAHASA MELAYU
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
i. mendengar dengan teliti serta memahami
pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;
ii. bertutur dengan petah menggunakan sebutan
dan intonasi yang betul secara bertatasusila;
iii. berbincang dan berkongsi pendapat tentang
sesuatu perkara;
iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bukan
sastera yang berunsur ilmu;
v. menulis teks dengan menggunakan tulisan
berangkai dengan kemas dan cantik;
vi. menghasilkan karangan dengan menggunakan
tidak kurang daripada 60 perkataan;
vii. menggunakan bahasa baku yang meliputi
tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan, dan sebutan yang betul;
viii. mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan
seharian
ORGANISASI KURIKULUM - Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ini meliputi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. Semua perkara ini dinyatakan di bawah:
a. Kemahiran Bahasa - merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku meliputi:
- Kemahiran Mendengar - merujuk kepada keupayaan
murid mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati perkara yang
didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum
balas.
- Kemahiran Bertutur - merujuk kepada keupayaan
murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan
maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif, dengan
sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada
pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul.
- Kemahiran Membaca - merujuk kepada keupayaan
murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul.
Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai
bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik
bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca.
- Kemahiran Menulis - merujuk kepada keupayaan
murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai
jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan
ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga
digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan
bahan ilmu dan imaginatif.
b. Hasil Pembelajaran - pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa.
Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang set
kemahiran yang perlu dicapai oleh murid. Hasil pembelajaran dibina dengan
menyepadukan penggunaan bahasa, kemahiran bahasa, sistem bahasa, dan pengisian
kurikulum. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat
dalam setiap hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih
kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan.
Pendekatan yang berfokus pada gaya pembelajaran yang pelbagai dapat membantu
murid mencapai hasil pembelajaran. Selain itu, hasil pembelajaran juga membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian
pencapaian murid.
c. Sistem Bahasa - merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa,
sistem ejaan, kosa kata, sebutan dan intonasi, dan peribahasa. Pelaksanaan
sistem bahasa dalam pendidikan Bahasa Melayu membolehkan murid menggunakan dan
mengamalkan bahasa Melayu baku.
d. Pengisian Kurikulum - Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang mencantumkan teras utama
dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan perkembangan terkini dalam pendidikan,
iaitu ilmu, nilai murni, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran
bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan
pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran
kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai murni, serta patriotisme dan kew arganegaraan diberikan penekanan selaras dengan matlamat negara membangunkan masyarakat madani.
kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai murni, serta patriotisme dan kew arganegaraan diberikan penekanan selaras dengan matlamat negara membangunkan masyarakat madani.
Subscribe to:
Posts (Atom)