RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 3
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 3
Bilangan Murid: 41 orang
Tema : Seni dan Budaya
Tajuk : Kebudayaan di Malaysia
Tarikh : 28 Mac 2012
Masa : 60 minit
Hasil Pembelajaran:
Fokus Sampingan :
1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.
Aras 1 (ii) Menyoal dengan menggunakan kata tanya.
(iii) Menjawab dengan menggunakan ungkapan yang sesuai.
Fokus Utama:
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar,
serta memahami perkara yang dibaca,
Aras 2 (i) Membaca lancar bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian
yang betul.
Fokus Sampingan:
9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.
Aras 1 (i) Merekod maklumat tentang sesuatu perkara.
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-
i. Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ungkapan yang sesuai.
ii. Membaca pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul.
iii. Merekod maklumat tentang pakaian tradisional kaum-kaum di Malaysia.
Kemahiran Bahasa : Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
Sistem Bahasa : Sebutan, Intonasi, Kosa kata, Tatabahasa.
Ilmu : Bahasa Melayu, Sastera.
Nilai : Berusaha, bekerjasama, Menghargai, rajin.
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir : Menjana idea, menerangkan sebab, membuat kaitan dan perhubungan.
Kemahiran Belajar Cara Belajar : Memerhati, komunikasi, memproses dan melaporkan maklumat.
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Paparan LCD.
Kecerdasan Pelbagai : Intrapersonal, interpersonal, verbal-linguistik, naturalis, dan visual ruang.
Kajian Masa Depan : Meramal, menjangka akibat.
Pembelajaran : Kontekstual dan konstruktivisme.
Pengetahuan Sedia Ada :
Murid tahu membaca pantun.
BBB : Power point, LCD, lembaran kerja, teks pantun, buku teks, buku latihan dan alat tulis.
Strategi: Berpusatkan murid dan bahan.
Kaedah/Teknik: Number Head Together (NHT), kolaboratif, koperatif
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Murid menonton
Video pakaian-pakaian tradisional kaum-kaum di Malaysia
Soalan Guru:
1. Apakah yang anda lihat dalam paparan tayangan slaid tadi?
2. Sebutkan contoh-contoh pakaian tradisional.
3. Adakah anda mempunyai pakaian tradisional?
4. Apakah pakaian tradisional anda?
|
Set Induksi (5 minit)
- Guru bertanyakan khabar murid-murid.
- Selepas itu, murid diminta melihat paparan power point dan menghayatinya.
- Guru bersoal jawab kepada murid mengenai tayangan slaid tersebut.
- Guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajar pada hari ini iaitu Kebudayaan di Malaysia.
|
BCB: Menonton dengan aktif
BBB : Video pakaian-pakaian tradisional kaum-kaum di Malaysia
|
1.2 Aras 1
(ii) Menyoal dengan menggunakan kata tanya.
(iii) Menjawab dengan menggunakan ungkapan yang sesuai.
|
Langkah 1 (15 minit)
- Murid berada di dalam kumpulan masing-masing.
- Guru mengedarkan sampul tugasan yang mengandungi set dialog yang perlu dilengkapkan.
- Murid diminta melengkapkan dialog yang dirasakan sesuai mengikut pendapat kumpulan masing-masing.
- Selepas itu, setiap kumpulan diminta untuk membacakan dialog di hadapan kelas.
- Kumpulan lain mendengar dengan teliti.
|
KB :
Menghubung kait,
Menjana idea
BCB : Memproses
dan melaporkan
maklumat.
KP :
Verbal linguistik, visual,
intrapersonal, interpersonal
Nilai : Bekerjasama, berusaha
BBB : Set dialog
|
5.2 Aras 2
(i) Membaca lancar bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul.
Lampiran teks pantun
Soalan guru:
1. Pantun ini mengenai apa?
2. Apakah contoh-contoh pakaian yang terdapat di dalam pantun?
3. Sebutkan pakaian tradisional lain yang anda tahu.
4. Senaraikan kata adjektif yang anda tahu?
|
Langkah 2 (20 minit)
- Murid-murid masih duduk di dalam kumpulan masing-masing.
- Guru membahagikan teks pantun kepada setiap kumpulan.
- Murid diminta membaca pantun secara senyap.
- Kemudian setiap kumpulan diminta membaca pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul.
- Kumpulan lain diminta memberikan markah bacaan kepada kumpulan yang telah membaca pantun.
- Guru berbincang mengenai pantun.
- Guru meminta murid menyenaraikan kata adjektif.
i. Malu
ii. Tinggi
iii. Indah
iv. Pandai
|
BCB :
i) membaca dengan
intonasi yang betul.
ii) mendengar dengan aktif.
KP:
Verbal linguistik.
Naturalis.
BBB : teks petikan, Kad Markah
|
9.2 Aras 1
(i) Merekod maklumat tentang sesuatu perkara.
Lampiran 3
|
Langkah 3 (15 minit)
- Guru meminta dua orang murid untuk mengedarkan lembaran kerja.
- Murid-murid diminta untuk melengkapkan peta minda yang diberi.
|
Nilai : berusaha
BBB : Lembaran kerja
|
Lampiran 3.
|
Aktiviti Pengayaan:
- Murid bijak menjawab latihan pengukuhan.
|
|
Lampiran 4:
Susun perkataan menjadi ayat yang lengkap
|
Aktiviti Pemulihan:
- Murid lemah menyusun perkataan menjadi ayat tunggal yang lengkap.
|
|
Penutup
( 5 minit )
|
- Guru bersoal jawab dengan murid tentang apa yang mereka pelajari hari ini.
- Guru merumuskan isi pelajaran.
|
Nilai-nilai murni :
-Menghargai
|